4 Ogos 1990, 34 tahun yang lalu

intake tjp54Pada tarikh 4 Ogos 1990, 34 tahun yang lalu, adalah tarikh bersejarah yang tak mungkin dapat dilupakan. Tarikh ini merupakan Hari Pentauliahan pengambilan Pegawai Kadet Tauliah Jangka Pendek ke 54, Maktab Tentera Diraja. Bersamaan dengan itu juga, Pegawai Kadet Pengambilan Tauliah Jangka Tetap ke 29 juga ditauliahkan bersama-sama.

Masih terkenang peristiwa bersejarah itu, pada malamnya hujan lebat yang menyebabkan padang kawad basah. Seterusnya pada awal pagi, beberapa orang petugas mengeringkan padang kawad yang basah tersebut. Malah sebelum tarikh itu juga, raptai perbarisan diadakan, entah berapa kali tak ingat. KSM Pengambilan, arwah PW II Saleh tak jemu-jemu berteriak kepada pegawai kadet yang keletihan, hingga satu ketika jam pekak dan tongkat sakti beliau melayang-layang di padang kawad. “Jangan malas Kadet!! Jangan Malas… Peha paras 90 darjah, pacak tumit !!”, sambil beliau berdemo hentak kaki hanya beberapa kali… 

Scan10023LBegitulah sekilas peristiwa dalam lipatan sejarah dan kenangan kepada semua skot. Bermula dari malamnya, ibu bapa, adik beradik yang datang dari jauh sudah sampai di persekitaran kem Maktab Tentera Diraja demi hari bersejarah tersebut. Seterusnya pada awal pagi, hadirin sama-sama menyaksikan perbarisan masuk padang sehinggalah pemeriksaan perbarisan dan ucapan oleh Yang Dipertuan Agong sehinggalah ke Dewan Tun Templer untuk menerima watikah pentauliahan sebagai Leftenan Muda dalam kor masing-masing.

Saksikanlah video Youtube dibawah. Terima kasih kepada skot Hidayat yang telah mengusahakan pendigitalan video tersebut sekitar 20 tahun yang lalu dari analog tape VHS. 

Ingatan kepada mereka yang telah meninggalkan kita lebih awal khususnya kepada bekas pegawai dan jurulatih dan skot TJP 54 sendiri. Alfatihah. Semoga kita semua diberikan kesihatan, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

SELAMAT ULANG TAHUN PENTAULIAHAN KE 34 SKOT TJP 54 DAN TJT 29.