Penerangan Logo

logotjp54 bigPenerangan Logo

Logo TJP 54 sedikit sebanyak telah mengambil panduan dari Logo Tentera Darat dan beberapa ciri-cirinya iaitu lambang mahkota dan bulan/bintang, keris dan duku ilang dan bunga padi.
Perkataan PERSATUAN BEKAS KADET TAULIAH JANGKA PENDEK KE 54 tertulis di dalam bulatan di sebelah atas dan perkataan TENTERA DARAT MALAYSIA disebelah bawah. Cogan kata juga mengambil cogan kata Tentera Darat iaitu SENTIASA DIHADAPAN.

Maksud Imej

Bulan dan Bintang. Malaysia sebagai sebuah negara yang agama rasminya agama Islam.

Mahkota. Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai raja berperlembagaan dan Yang Dipertuan Agong Malaysia sebagai pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.

Bulatan. Bulatan yang mengandungi perkataan Persatuan Bekas Kadet Tauliah Jangka Pendek ke 54 dan Tentera Darat membawa pengertian bahawa logo ini adalah khusus untuk bekas-bekas pegawai kadet Tauliah Jangka Pendek ke 54 yang menjalani latihan asas ketenteraan selama setahun di Maktab Tentera Diraja dan ditauliahkan ke dalam pelbagai kor dalam Tentera Darat. Latar belakang warna Merah, Kuning dan Hijau juga mengambil warna Maktab Tentera Diraja dimana skot TJP 54 telah ‘dilahirkan’ di sana.

Bunga Padi. Seperti padi, mangkin menunduk mangkin berisi, pegawai-pegawai TJP 54 yang telah ditauliahkan dan bertugas di dalam Tentera Darat mempunyai kepimpinan yang terpuji dalam pemerintahan terhadap orang bawahannya dalam semua aspek. Mereka begitu disegani
oleh semua peringkat. Begitu juga dengan mereka yang telah meninggalkan perkhidmatan samada bertugas dalam sektor swasta atau sebagai usahawan akan menjadi seorang pemimpin dan usahawan yang berjaya.

Keris dan Duku Ilang. Menunjukkan semangat kepahlawan seorang pegawai atau bekas pegawai Tentera Darat.

SENTIASA DI HADAPAN. Cogankata yang menjadi kebanggaan Tentera Darat bahawa pegawai-pegawai TJP 54 adalah sentiasa berada dihadapan dalam semua situasi dan keadaan, samada waktu aman atau peperangan dan samada dalam latihan atau dalam medan pertempuran.