Video Youtube TJP54

bol05Demi mengembalikan nostalgia dan kenangan waktu zaman muda remaja 30 tahun yang lalu, telah diusahakan video kenangan lama untuk rakan-rakan intake 54. Dengan latar belakang lagu I Won’t Let Go – Rascal Flatts dan Feels Like Home – Jonny Houlihan, gambar kenangan lama waktu itu dipaparkan satu persatu.

Walaupun tidak semua gambar dapat dipaparkan, namun sekurang-kurangnya nostalgia itu mengingatkan kita zaman kita bermula melangkah ke alam dewasa dan mengharungi segala pengalaman dan cabaran setelah ditauliahkan dan berkhidmat di pasukan, sehinggalah ke saat ini ada yang berkhidmat, ada yang telah meninggalkan perkhidmatan dan ada beberapa skot yang telah meninggal dunia.

Mudah-mudahan video itu akan mengembalikan kenangan lama dan mengingati kembali asal usul kita sehinggalah sekarang. Selamat berjaya kepada skot semua dengan segala aktiviti yang dilaksanakan dalam meneruskan kehidupan.