Pada: | Rabu, 18 Jun 2003 jam 2200 – 0230 |
Tempat: | Restoran Tomyam Jihati, Sri Serdang |
21 Jun 2003. Setelah lebih kurang 6 bulan Jihati membuka perniagaan restoran sejak Jan 2003, ramai skot TJP 54 yang tinggal atau bertugas di kawasan Lembah Kelang telah berpeluang untuk berkumpul, beramah mesra, berborak dan bersembang antara satu sama lain melalui ‘mini gathering’ yang dibuat di kedai beliau. Ada kalanya sessi kutuk mengutuk
juga diadakan, siapa yang kena tu tahan telinga ajelah. Agak kerap juga ianya diadakan,
biasanya sekali seminggu, ada masanya sehingga 2 kali seminggu. Antara yang biasa dan pernah hadir pada mini gathering yang lalu ialah Georgy, Sharel, Hasbolah, Saberi, Nasha, webmaster sendiri dan tidak ketinggalan, tokey kedai, Jihati. Manakala bekas jurulatih TJP 54 yang pernah hadir ialah En Md Ladin.
Namun, ‘mini gathering’ kali ini di kedai Jihati adalah yang terakhir dan akan menjadi sejarah untuk dikenangi apabila beliau terpaksa mengambil keputusan menutup perniagaan restoran beliau. Jihati yang menjalankan perniagaan T-Shirt sebagai ‘core bussines’ akan menumpukan
sepenuhnya terhadap perniagaan itu selepas ini. Melihat kepada keadaan demikian, skot TJP 54 akan kehilangan ‘port’ untuk berkumpul dan diharapkan selepas ini diharapkan ada skot yang mengambil inisiatif mencari port baru untuk ‘mini gathering’ yang akan datang.
Mini gathering kali ini memecahkan rekod dengan kehadiran yang paling ramai iaitu seramai 11 orang. Mereka yang hadir ialah Georgy, Kamarul, Nasha, Hasbolah, Hidayat, Sharel, Kasim, Manah, Suhaidi, Jihati dan Sapuan. Malam tu sekali lagi mencatat sejarah, skot dari Kompeni Abdul Rahman semua pakai baju T Reunion ke 3 tanpa dirancang…. webmaster sendiri pun tak sangka, kalau macam tu memang patutlah Kompeni Abdul Rahman Kompeni Diraja… Yang lain, any violent objection?? First timer kali ni ialah Kasim, Manah, Kamarul dan Suhaidi. Jadi apa lagi, mereka ini jadi sasaran kutukan oleh skot kerana setelah sekian lama webmaster menghantar sms berulang-ulang kali untuk hadir, mereka ini ‘terlalu sibuk’, malah ada yang tak sempat (tak berminat) nak reply sms pun. Webmaster fikir mereka ini sedang ‘berjimat cermat’ untuk bayaran sms sebanyak 15¢. Tahniah !!
Maka rancaklah perbualan pada malam itu dengan berbagai cerita dan peristiwa. Malam itu oleh kerana bertalu-talu menerima ‘semburan panjang’ dan sebagai alasan nak balik awal serta nak ‘cover’ rasa bersalah, maka Manah telah bermurah hati membelanja semua skot
yang hadir. Terima kasih banyaklah Manah kerana belanja kita orang semua. Webmaster dok sindir-sindir kat skot PGB kita yang hadir malam tu, agaknya bila boleh tumpang rasa sikit elaun PGB, dapat cover bayar air cukuplah…. tapi nampaknya dia buat tak faham…. hmmm…. tak apalah…. barangkali dalam hati dia berhasrat nak simpan duit tu untuk sponsor Reunion ke 4 nanti, semoga tepat sangkaan webmaster….
Jadi, kesimpulannya, adalah diharapkan selepas ini skot kita terutamanya yang tinggal di Lembah Kelang dapat mengenal pasti mana-mana port yang sesuai untuk kita berkumpul di masa hadapan. Kalau boleh, biarlah ianya ‘ekonomi’. Aktiviti sebegini seharusnya sentiasa
diadakan dari masa ke semasa selain dari reunion yang diadakan setiap 2 tahun. Tapi tulah, ramai antara kita ni pandai bercakap aje, perlaksanaannya??…..