Majlis Hari Raya dan Mesyuarat Agung Ke 3 i54

AGM3 TJP54 2024 1NOTIS MESYUARAT AGUNG KALI KETIGA DAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA

1. Adalah saya dengan hormatnya memaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Persatuan Bekas Kadet Tauliah Jangka Pendek ke 54 Tentera Darat Malaysia dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1445H akan diadakan seperti maklumat dibawah:

Tarikh : Ahad, 5 Mei 2024
Masa : 1200
Tempat : Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, Selangor

2. Tuan-tuan adalah diundang untuk hadir ke Mesyuarat Agung tersebut di atas. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

a. Meluluskan Minit Mesyuarat Agung yang lalu.
b. Pembentangan Laporan Aktiviti oleh Pengerusi / Setiausaha.
c. Pembentangan Laporan Kewangan dan Penyata Kewangan (Profit and Loss Statement Financial Year 2023) oleh Bendahari.
d. Pembentangan Laporan oleh Biro-biro.
e. Membentangkan usul pindaan perlembagaan yang diterima (sekiranya ada).
f. Hal-hal lain.
g. Pembubaran Ahli Jawatankuasa lama.
h. Perlantikan Ahli Jawatankuasa baru.
i. Penangguhan mesyuarat.

3. Adalah dengan ini tuan-tuan diminta hadir bagi menunaikan tanggungjawab mengikut peraturan Fasal 7 dan 8 Perlembagaan Persatuan. Kerjasama tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

SETIAUSAHA