Pada: Sabtu dan Ahad, 8 dan 9 Febuari 2003
Tempat: Rompin Beach Resort, Kuala Rompin, Pahang
9 Feb 2003. Akhirnya reunion telah selamat dianjurkan pada 8 dan 9 Feb 2002 di Rompin Beach Resort. Seperti yang telah dirancangkan, aturcara reunion berjalan dengan lancar sekali. Namun kali ini, tiada seorang pun jurulatih yang dapat hadir kerana masalah yang tak dapat dielakkan. Skot kita yang hadir seramai 17 orang bersama keluarga masing-masing. Ada beberapa orang skot yang tak dapat hadir pada saat-saat akhir. Skot yang dapat meluangkan masa berharga mereka ialah Dil Akbar, Faizi, Hasbollah, Hidayat, Jihati, Kamarularif, Khairul Anuar, Sharel, Mohd Din, Mohamad Sulaiman, Nasharudin, Nizlan, Andrew Ong, Rahimi, Ridzuan, Sapuan, Zamri dan Zapri. Apa yang menariknya ialah reunion pada kali ini lebih meriah berbanding reunion yang lalu kerana masa reunion yang lebih panjang bermula tengahari 8 Feb hingga tengahari 9 Feb. Dapatlah skot-skot bercerita panjang lebar tentang perkembangan masing-masing.
Hari pertama, skot beransur-ansur tiba bermula lebih kurang jam 1400 hinggalah lewat petang. Dil Akbar yang menguruskan tempat, awal-awal lagi telah menunggu ketibaan skot kita dengan menggelabahnya. Keseronokan dan kemeriahan jelas terasa apabila bertemu semula setelah berpisah beberapa lama. Pada petang tu, ramai yang sempat berendam dalam kolam renang bersama anak-anak, diikuti dengan minum petang dan meneruskan sembang-sembang. Ada beberapa skot sempat juga bermain golf pada petang itu yang diuruskan oleh Dil Akbar. Malamnya, BBQ dimulakan lebih kurang jam 2030 dengan pelbagai hidangan yang sungguh menyelerakan.
Walaupun kemeriahan kurang sedikit kerana tiada jurulatih, tetapi terubat apabila Jihati telah bermurah hati menyumbangkan T-Shirt yang dibuat khas untuk reunion ketiga ini kepada semua skot dan isteri yang hadir. Amat menarik T-Shirt tu, dengan design logo TJP 54 yang beliau cipta, tulisan Reunion Ketiga TJP 54 bersaiz kecil disudut atas kiri dan alamat laman web dibelakang. Setelah selesai ucapan oleh Kapt Sapuan, kemudiannya, Wak Newton telah tampil dengan mempersembahkan tayangan gambar VCD Pentauliahan TJP 54.
Ramai skot yang terharu, sedih dan sebak kerana saiz badan mereka sekarang dah tak serupa macam dalam VCD tu akibat lebihan lemak. Walaupun begitu, ramai juga yang order VCD dengan harga RM 20.00′. Majlis BBQ selesai lebih kurang jam 2200 dan disambung dengan mesyuarat Persatuan TJP 54 pada jam 2230 hingga 0100. Antara yang dibincangkan ialah rancangan reunion keempat, perlantikan AJK baru Persatuan TJP 54 dan rancangan mendaftarkan persatuan. Minit mesyuarat akan disiarkan dalam laman web ini setelah diterima dari Nasha (setiausaha baru).
Hari kedua, skot mula berkumpul di dewan makan jam 0800 untuk bersarapan pagi. Sekali lagi skot menyambung semula perbincangan yang tak kunjung selesai sehinggalah sukaneka untuk kanak-kanak dimulakan jam 0930. Dua acara untuk kanak-kanak dibuat, satu untuk kaum bapa dan satu untuk kaum ibu. Skot kita telah memasuki acara tarik tali, oleh kerana Faizi the Giant terlalu besar, maka beliau telah dilantik jadi pengadil.
Setelah tamat acara sukaneka lebih kurang 1030, skot sekali lagi menyambung aktiviti berendam, berenang dan main air dalam kolam renang bersama anak-anak sehinggalah jam 1200. Sekali lagi sembang disambung di atas dan di dalam air. Jam 1300, skot mula berkumpul di dewan makan untuk menikmati makan tengahari dan menyambung perbincangan semula, pada masa yang sama penyampaian hadiah dan cenderahati kepada kanak-kanak dibuat. Ada juga yang sempat berkaraoke. Setelah selesai, skot mula meninggalkan Rompin Beach Resort pada jam lebih kurang 1345 dengan seribu kenangan yang mencuit perasaan.
Ucapan Penghargaan dan Terima Kasih.
Webmaster sebagai mewakili semua skot TJP 54 mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua skot yang terlibat dalam usaha untuk menganjurkan reunion ketiga ini dengan jayanya. Segala usaha dan sumbangan samada sumbangan tenaga, material dan wang tunai sangat dihargai terutamanya kepada Dil Akbar yang menguruskan tempat dan berunding dengan Rompin Beach Resort, mencurahkan tenaga, sponsor banner dan kuih lebih kurang RM 250.00
Jihati yang menyumbangkan T-Shirt untuk semua skot dan isteri sebanyak lebih kurang 40 helai. Andrew Ong yang menyumbangkan wang tunai RM 250.00
Ridzuan dan beberapa skot lain yang menyumbangkan wang tunai untuk membeli hadiah untuk kanak-kanak dengan nilai lebih kurang RM 90.00
Saberi yang berusaha menjemput semua jurulatih dan PAT dengan menghantar surat dan menelefon, walaupun semuanya tidak dapat hadir termasuk beliau.
Faizi yang sibuk menelefon skot lain untuk sampai menyampai berita reunion ketiga ini.
Azali yang menghantar surat jemputan reunion melalui SDS yang sehingga tarikh reunion surat tak sampai-sampai dan beliau sendiri pun tak sampai dan kepada semua yang terlibat yang mana jasa dan pengorbanan mereka tidak dapat dituliskan disini. Terima kasih.
Tahniah kepada Ridzuan kerana dapat hadir bersama keluarga walaupun dari Kuching, Sarawak. Juga kepada Faizi yang hadir juga walaupun sakit-sakit badan main ragbi dan tiba selepas habis BBQ, juga kepada Andrew Ong yang sempat join pada makan tengahari 9 haribulan sahaja. Semangat anda untuk menjayakan reunion kita sangat disanjungi.
Semoga kita bertemu semula pada Reunion Keempat pada Julai atau Ogos 2005. Mana-mana skot yang ada mengambil gambar tu silalah beri kepada webmaster untuk discan atau hantar kepada webmaster dalam format jpg untuk disiarkan dalam laman web ini.
Wang sumbangan Andrew Ong sebanyak RM 250.00 ada dalam simpanan webmaster dan akan disimpan untuk Tabung TJP 54.