Reunion ke 7 Sempena Ulang Tahun ke 33 Intake 54

banner reuniontjp54 33y6thSetelah tujuh tahun dari reunion terakhir pada 17 September 2016 di Port Dickson Golf & Country Club, akhirnya reunion kali yang ke tujuh bersempena ulang tahun pentauliahan ke 33 tahun telah berjaya dianjurkan di Army Officer’s Recreation Club (AROC), Kem Terendak, Melaka. Hasrat ini tercetus semasa mini reunion @ gathering dan jamuan Hari Raya yang dianjurkan pada 14 Mei 2023 yang lalu di Hotel Tenera Bangi. Rancangan awal menganjurkannya pada bulan Ogos ditangguhkan ke bulan September kerana kekangan tugas dan aktiviti.

Seperti reunion yang terdahulu, standard atau format reunion bersama keluarga adalah dirancang selama 2 hari untuk memberikan peluang berkumpul bersama dan beramah mesra dengan masa yang lebih panjang iaitu Majlis BBQ pada hari pertama dan diikuti dengan acara sukaneka dan makan tengahari pada keesokan harinya. Tidak lupa juga acara permainan Golf yang dirancang pada hari pertama atau kedua mengikut kesesuaian.

ru6 09Perbezaan yang sangat ketara pada reunion kali ini ialah skot intake 54 telah meniti usia ke arah melebihi setengah abad. Berusia antara 52 hingga ada yang menghampiri usia warga emas. Ada yang telah berstatus Datuk dan mempunyai cucu manakala ramai skot juga telah bermenantu dengan anak-anak yang telah remaja dan meningkat dewasa.

Peluang berkumpul ini adalah saat terindah dan momen yang sangat berharga apabila berpeluang mengimbau kenangan silam semasa Latihan Kadet di Maktab Tentera Diraja bermula tahun 1989 sehinggalah ditauliahkan ke dalam pelbagai kor Tentera Darat pada 4 Ogos 1990. 

ru08Usaha mengesan jurulatih yang masih hidup tetap giat dilaksanakan. Kami sangat terharu dengan kehadiran Mej (B) Taheer dan Lt Kol (B) Abd Razak yang telah bersedia meluangkan masa berharga mereka dengan turut serta pada reunion kali ini yang merupakan bekas jurulatih pegawai semasa latihan kadet 33 tahun yang lalu.

Acara bermula dengan Majlis Makan Malam dan BBQ dengan di iringi oleh band D Elektra. Ucapan tahniah kepada mereka yang terlibat menyediakan makanan lazat yang menyelerakan. Pada keesokan harinya, skot-skot dan keluarga kembali berkumpul untuk menikmati sarapan pagi yang disediakan, sambil meneruskan acara sembang-sembang yang tiada kesudahannya. Seterusnya, bertempat di tepi pantai, acara melepaskan anak penyu ke laut telah dilaksanakan bersama dengan Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Melaka. Kemudian disusuli dengan dua acara serentak, iaitu sebahagian telah bermain Golf di Kelab Golf Bukit Terendak dan sebahagian skot bersama keluarga meneruskan dengan acara sukaneka di tepi pantai.

ru6 02Jelas kelihatan keriangan dan kegembiraan skot bersama keluarga dan anak-anak melaksanakan aktiviti yang telah dirancangkan dan disediakan oleh peasukan penganjur. Acara selanjutnya sebelum makan tengahari diteruskan dengan melaksanakan tahlil ringkas ditujukan khususnya kepada beberapa orang skot dan bekas jurulatih intake 54 yang telah meninggal dunia. Dipanjatkan juga doa kepada Skot Saleh yang sedang sakit akibat stroke @ angin ahmar yang telah terlantar lebih kurang 2 tahun. Isteri beliau juga sempat menghadirkan diri dari Kuantan. 

ru6 07Acara terakhir ialah hidangan makan tengahari yang sangat menyelerakan yang disusuli dengan acara bergambar beramai-ramai. Sebelum bersurai, sempat untuk kita berkumpul dan berbincang terhadap beberapa isu dan perkara berkaitan Persatuan TJP 54.

Begitulah serba ringkas kisah dan peristiwa manis yang telah dirancangkan dan telah terlaksana. Seluruh warga dan keluarga besar intake 54 dengan ini ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat menjayakan reunion ini. Setinggi-tinggi penghargaan kepada AJK penganjur khususnya skot Kamarul yang bertungkus lumus melaksanakan mesyuarat koordinasi dengan pasukan yang terlibat dan pemantauan persiapan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada skot Jihati kerana telah menaja baru T khas reunion.

ru6 06Terima kasih kepada AORC kerana telah mengaturkan penginapan di rumah tetamu, juga penginapan di pasukan berhampiran. Tidak kurang juga ada skot yang mengaturkan penginapan sendiri di kawasan berhampiran. Seluruh warga Intake 54 mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada skot Rashidin yang juga Panglima 3 Divisyen, Kem Terendak yang menjadi tuan rumah untuk reunion pada kali ini yang juga telah menaja hadiah.

Begitu juga, ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Pegawai Memerintah / Pemerintah Unit dan Pasukan yang telah terlibat, pegawai dan anggota yang telah menjayakan majlis reunion TJP 54 seperti berikut:

MK 3 Div
Kem 3 Div
9 Skn RAJD
3 Rej KPTD
73 Wksp Div
73 BOD
Garison Terendak
73 Bn KPD
3 RSD
IJED (Band De Electras)
AJK KGBT (Golf)