Sejarah TJP 54

intake tjp54

AM

tentera darat malaysia1. Tauliah Jangka Pendek ke 54 (TJP 54) adalah nama bagi pengambilan pegawai kadet Tentera Darat yang ke 54 untuk menjalani latihan ketenteraan selama setahun di Maktab Tentera Diraja (MTD) atau Royal Military College (RMC) pada tahun 1989/1990. Setelah berjaya menamatkan latihan tersebut, ditauliahkan sebagai pegawai di dalam Tentera Darat Malaysia dalam Tauliah Jangka Pendek. Bersama TJP 54 memulakan latihan ialah Pengambilan Tauliah Jangka Tetap ke 30 (TJT30), pada masa itu TJT29 ialah pegawai kadet senior yang akan ditauliahkan serentak bersama TJP 54. Pegawai TJT menjalani latihan di MTD selama 2 tahun.

Logo Royal Military College2. Di MTD, selain dari pegawai kadet di bawah Divisyen Kadet, terdapat juga Putera atau dipanggil ‘boy’ di bawah Divisyen Putera. Putera adalah mereka yang masih belajar dalam Tingkatan Dua hingga Tingkatan 5 yang mana mereka ini belajar mengikut silibus yang standard seperti di sekolah lain. Apa yang membezakan ialah mereka ditadbirkan sepenuhnya oleh tentera, hidup cara tentera, memakai uniform tentera dan menjalani latihan ko kurikulum ketenteraan seperti pelajaran kawad, senjata dan lain-lain. Setelah tamat, mereka boleh memilih untuk meneruskan pengajian keperingkat yang lebih tinggi atau berkhidmat dalam ATM dengan mengikuti latihan pegawai kadet. Sila lihat The Old Putra Association (OPA) untuk maklumat lanjut.

logotjp54 big3. Apabila Akademi Tentera Malaysia (ATMA) ditubuhkan di Kem Sungai Besi (ditubuhkan dengan rasminya pada 1 Julai 1995), Divisyen Kadet telah dipindahkan ke Ulu Tiram, Johor pada 25 Ogos 1995, Johor sementara Markas Maktab dan Divisyen Putera kekal di Sg. Besi, Kuala Lumpur. Pada tanggal 1 Jan 1999, penubuhan Kolej Tentera Darat (KTD) telah dikuatkuasakan dan Divisyen Kadet telah diserapkan ke dalam organisasi baru tersebut. Divisyen Putera masih kekal di Kem Sungai Besi dan sekarang ini menggunakan nama Maktab Tentera Diraja dan menjadi entiti yang berasingan dari Divisyen Kadet.

4. Semua pegawai kadet yang dipanggil untuk menjalani latihan telahpun lulus dalam temuduga dan pemeriksaan kesihatan yang dilaksanakan oleh Caw Tenaga Kerja C, Bhg Perkhidmatan Anggota, Markas Angkatan Tentera Malaysia. Sebenarnya agak sukar untuk melepasi segala rintangan semasa temuduga tersebut, kerana pemilihan dilaksanakan dengan terperinci untuk mempastikan calon pegawai kadet adalah mereka yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi, bijak dan mempunyai ketahanan mental dan fizikal. Perkhidmatan Darat, Laut atau Udara adalah di atas pilihan bakal pegawai kadet sendiri, tertakluk kepada kelayakan dan setelah lulus ujian tertentu mengikut perkhidmatan.

5. Tauliah Jangka Pendek ialah tauliah yang dikurniakan untuk tempoh 7 tahun dan sekiranya berminat untuk menyambung perkhidmatan, tempoh sambung khidmat bagi pegawai TJP adalah 2 tahun sehinggalah pegawai berkenaan memohon Tauliah Jangka Tetap (TJT) atau memilih untuk menamatkan perkhidmatan setelah 7 tahun berkhidmat. Mulai tahun 1996, Tauliah Jangka Pendek dilanjutkan kepada 10 tahun dan tempoh sambung khidmat selama 3 tahun sehingga memohon TJT atau memilih menamatkan perkhidmatan selepas 10 atau 13 tahun berkhidmat (tidak termasuk latihan kadet selama setahun).

6. Pengambilan TJP 54 pada awalnya adalah seramai 55 orang, namun pada penghujung latihan, hanya 52 orang pegawai kadet sahaja yang berjaya menamatkan latihan dan ditauliahkan dalam pelbagai Kor dalam Tentera Darat. Latihan yang terpaksa ditempuhi selama setahun adalah sangat mencabar mental dan fizikal dengan jadual yang sangat ketat, selain dari melayani kerenah senior selepas kelas.

7. Bermula seawal 0630, Pegawai Kadet telah memulakan latihan mengikut jadual latihan yang telah ditetapkan, kebiasaannya dimulai dengan latihan jasmani, dimana Physical Training Instructor (PTI) telah menunggu dengan garangnya. PTI yang paling kami geruni ialah “Hulk Hogan”, kebanyakan kami akan jadi “kecut” apabila dengar suara dia. Aktiviti latihan jasmani macam biasalah, yang cukup “heavy” sehingga lemah segala sendi-sendi, bermandi peluhlah kami.

8. Kemudian, aktiviti selanjutnya disusuli dengan samada pelajaran kawad, kelas ketenteraan atau kelas senjata. Maka berlari-larilah kami untuk mandi, tukar pakaian dan mempersiapkan peralatan kerana masa yang sangat terhad. Pelajaran kawad juga sangat memenatkan, bermula dengan kawad pemanasan dengan menjunjung senjata, semuanya melenguhkan segala sendi. Pelajaran senjata akan dibuat di pondok skuad dengan pelajaran senjata persendirian dan senjata bantuan. Saat yang sedikit lega ialah kelas ketenteraan seperti taktik, atur turus, sejarah tentera dan sebagainya kerana pelajaran teori dalam kelas, biasanya kadet akan ‘kecik mata’ masa kelas tersebut.

9. Selain dari rutin harian tersebut, jadual juga diatur bagi latihan-latihan ketahanan fizikal dan mental seperti latihan membaca peta di kawasan latihan selama beberapa hari dan latihan taktik di medan selama beberapa hari. Pegawai Kadet juga sentiasa diuji tahap kecergasan minda dengan Ujian Kemajuan Bulanan Tentera (UKBT) yang mensyaratkan MESTI lulus dalam ujian tersebut. Ini yang ditakuti kerana andainya gagal, balik kampunglah jawabnya.

10. Secara keseluruhannya, latihan selama setahun yang pegawai kadet terpaksa tempuhi adalah sangat mencabar mental dan fizikal. Latihan ini untuk membentuk minda sebagai seorang tentera yang penuh dengan displin, hormat menghormati terhadap pegawai bawahannya atau atasannya, kepimpinan dan ‘command and control’. Gambar-gambar latihan di dalam kem, di medan dan pelbagai aktiviti pastinya dapat menggambarkan bagaimana lasaknya latihan asas ini terpaksa kami tempuhi.

Scan10023L11. Saat yang dinanti-nantikan tiba juga akhirnya, bermula dengan latihan kawad pentauliahan atau ‘Commision Parade’ selama 2 minggu, sehinggalah hari pentauliahan sebenar pada 4 Ogos 1990 oleh Yang Dipertuan Agong pada masa itu Sultan Azlan Shah. Kenangan ini telah dirakamkan ke dalam VHS dan baru-baru ini telah dapat dirakam ke dalam VCD pula.

12. Sesungguhnya kenangan ini walaupun telah berbelas tahun berlalu masih segar diingati sehingga kini. Empat orang skot TJP 54 telah meninggalkan kita lebih awal iaitu

Allahyarham Leftenan Man Effendi yang meninggal dunia pada 1996 kerana kapal terbang terhempas semasa kursus asas penerbangan di Kolej Tentera Udara, Kepala Batas, Kedah

Allahyarham Kapten Jasril bin Jamian yang meninggal dunia pada tahun 2000 kerana masalah jantung gagal berfungsi sebaik sahaja selesai ujian bahasa Inggeris untuk calon jurulatih tumpangan ke Australia.

Mendiang Mej Majin bin Sandipal, beliau berbangsa Dusun dari Keningau, Sabah telah meninggal dunia mengejut pada 3 Sep 2007 kerana sakit jantung. Mendiang telah dikebumikan di Bau, Sarawak (di kampung isteri).

Mendiang Kapten Ooi Heng Huat, meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya.

PENDAFTARAN PERSATUAN

13. Hasrat untuk mendaftarkan Persatuan TJP 54 sebenarnya telah lama dicadangkan bermula diawal tahun 2000 lagi, namun sianya tidak dilaksanakan sehinggalah pada bulan Disember 2021, muncul keperluan mendesak untuk mengumpulkan dana bagi membantu balu salah seorang ahli TJP 54 yang mengalami masalah ekonomi untuk meneruskan kehidupan. Untuk menentukan dana yang tetap dapat dipungut melalui yuran, wujud keperluan untuk membuka akaun bank atas nama persatuan.

14. Berlanjutan daripada itu, mesyuarat secara online telah dilaksanakan untuk membincangkan perlantikan AJK Penaja dan kemudiannya pendaftaran telah dimajukan ke Jabatan Pendaftar Pertubuhan. Pada 4 Januari 2022, Persatuan Tauliah Jangka Pendek ke 54 Tentera Darat Malaysia secara rasmi telah diluluskan pendaftarannya dengan nombor pendaftaran PPM-023-04-04012022 .